Wednesday, June 09, 2021

People's Health Forum initiated petition to Prime Minister: Stop arresting undocumented migrants (8 Jun 2021)

 


PETISYEN KEPADA PERDANA MENTERI YAB TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN: HENTIKAN OPERASI PENANGKAPAN WARGA ASING TANPA DOKUMEN, FOKUS KEPADA MATLAMAT MENGAWAL PENULARAN WABAK COVID-19

Kenyataan akhbar oleh YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin, Menteri Dalam Negeri pada 29/5/2021 dan 3/6/2021 telah mewujudkan persepsi di kalangan ramai bahawa kerajaan telah buat keputusan melancarkan rancangan untuk menangkap dan menahan warga asing tanpa dokumen (ataupun pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam lingo kerajaan) pada skala besar-besaran dalam masa yang singkat.
Kami dari pelbagai organisasi dan individu yang menandatangani petisyen ini berpendapat bahawa pendekatan menangkap dan menahan warga asing tanpa dokumen pada masa ini akan merumitkan lagi usaha melawan pandemik di kalangan rakyat Malaysia, kerana:
1. Operasi sebegini akan menakutkan kaum pekerja asing sama ada antara mereka yang berdokumen ataupun tidak berdokumen. Malahan, tindakan sedemikian akan menyebabkan mereka menjauhi mana-mana wakil pentadbiran kerajaan. Justeru, ini akan mengalahkan usaha kerajaan untuk mewujudkan imuniti kelompok (herd immunity) di Malaysia. Imuniti kelompok memerlukan penyuntikan vaksin bagi 80% penduduk Malaysia, termasuk komuniti warga asing. Kegagalan mencapai tahap vaksinasi 80% penduduk akan melewatkan pemulihan ekonomi negara dan melanjutkan penderitaan rakyat kita.
2. Ada kemungkinan besar bahawa penangkapan dan penahanan PATI pada masa ini akan menyebabkan kluster-kluster baru Covid 19 di pusat-pusat tahanan imigresen. Ini akan meningkatkan penularan wabak Covid 19 di kalangan PATI dan juga akan menjangkiti pegawai imigresen, anggota polis dan kakitangan mahkamah (yang terlibat dalam pengendalian reman) serta ahli-ahli keluarga mereka. Kebarangkalian ini boleh dan harus dielakkan.
3. Jabatan imigresen tiada kapasiti untuk menangkap dan menghantar balik 2 hingga 3 juta PATI yang berada di Malaysia. Menurut Suhakam, anggaran pada 1 Julai 2020 menunjukkan bahawa pusat-pusat tahanan imigresen yang hanya boleh menanggung 12,530 orang tahanan sahaja telah melebihi kemampuannya dengan dipenuhi seramai 15,163 orang tahanan. Selain itu, lebih daripada 95% orang PATI sedang bekerja dan menyumbang kepada ekonomi negara. Bahkan, aktiviti ekonomi negara kita juga memerlukan perkhidmatan mereka.
Mungkin YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin percaya ketegasan beliau dalam hal ini akan membantu dalam mengatasi masalah wabak Covid-19. Tetapi beliau harus mengingati bahawa setiap pelan tindakan yang diambil mestilah berasaskan analisa saintifik yang jelas, objektif dan munasabah. Pada masa ini pendekatan menangkap dan menahan PATI akan memudaratkan usaha kerajaan mengawal penularan wabak Covid-19 di negara kita.
Kami amat berharap YAB akan membawa isu ini ke persidangan Majlis Keselamatan Negara supaya satu pendekatan yang lebih sesuai dan bersepadu dapat digubal bagi pengendalian warga asing tanpa dokumen semasa wabak Covid-19 merebak. Pada ketika ini, kita harus fokus kepada matlamat mengawal penularan wabak Covid-19 di negara kita. Matlamat-matlamat lain adalah sekunder dan harus ditangguhkan jika ia bercanggah dengan matlamat utama iaitu mengawal dan mengatasi penularan wabak Covid-19.
Terima kasih.
Yang benar,

致首相慕尤丁的请愿书:停止逮捕无证移民的行动,专注于控制疫情蔓延的政策目标
内政部长韩沙再努丁在今年5月29日和6月3日的新闻声明中已塑造了一个公众印象,表示政府已决定在短时期内发动一个大型逮捕及扣留无证移民的计划。
我们来自各个团体组织及个人签署这个请愿书认为逮捕与扣留无证移民的做法在这时候将为难和复杂化民间抗疫行动,原因如下:
1. 如此的逮捕行动将吓跑外籍移工,不管他们有证或无证。此外,如此的行动将导致他们尽可能远离任何的政府官员代表。这将挫败了政府致力在我国打造群体免疫的努力。群体免疫需要至少有80%以上的大马居民接种疫苗,这包括外籍社群。无法达至80%居民接种疫苗率将延迟国家经济复苏及延长人民受苦期。
2. 逮捕拘留无证移民的行动极可能将爆发更多源自于移民局扣留所的新冠肺炎感染簇群。这将提高无证移民之间的疾病传染风险,同时也可能感染移民厅官员、警察及(处理扣押过程的)法庭职员还有他们的家庭成员们。这些风险机会本应可避免。
3. 移民局没有能力逮捕和遣返2至3百万的居留在我国的无证移民。根据人权委员会的数据显示,2020年7月1日移民局拘留所总合仅能承担1万2530人,但当时早已超出这限制,拘留了多达1万5163人。除此之外,超过95%的无证移民付出劳力贡献给国家经济。再说,我国经济活动也非常需要他们的服务。
或许内政部长韩沙再努丁相信他在此事的强硬态度有助于解决新冠肺炎疫情问题。但是他必须要了解,任何要采取的行动和计划必须基于清晰、客观和合理的科学分析。在此时,逮捕和扣留无证移民将打击政府控制我国疫情新冠病毒传播的努力。
我们非常希望首相您能把这课题带上国家安全理事会会议讨论,确保能拟定出一个更合适及全面的措施处理新冠疫情蔓延时期的无证移民课题。以目前的状况来说,政府应该专注于控制我国疫情蔓延为主要政策目标。其他的目标都是次要的、应该展延,特别是如果其措施与首要目标相冲。请停止逮捕和扣留无证移民。
谢谢。

Ditandatangani oleh:
Organisasi:
1. People’s Health Forum (Forum Kesihatan Rakyat)
2. Citizens’ Health Initiative
3. Agora Society Malaysia
4. Third World Network
5. Health Equity Initiatives
6. Parti Sosialis Malaysia
7. Aliran
8. All Women’s Action Society (AWAM)
9. Alternatives to Violence Project (AVP Malaysia)
10. ALTSEAN-Burma
11. Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
12. Archdiocesan Human Development Commission (AHDC)
13. Asylum Access Malaysia
14. Beyond Borders Malaysia
15. Centre for Independent Journalism (CIJ)
16. Citizens Against Enforced Disappearances (CAGED)
17. Consumers Association of Penang (CAP)
18. Demokrat Kebangsaan
19. Dewan Perhimpunan China Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH)
20. Dewan Pimpinan Pusat Gabungan Serikat Buruh Indonesia (DPP GSBI)
21. ENGAGE
22. Family Frontiers
23. Forum Ekonomi Manusiawi
24. Fugee
25. G25 Malaysia
26. GERAK
27. Geutanyoe Foundation
28. Humanity Heroes Foundation
29. IMAN Research
30. In Between Cultura
31. Institute for Leadership and Development Studies
32. International Women's Rights Action Watch Asia Pacific
33. Islamic Renaissance Front
34. Jaringan kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia
35. Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT)
36. Koalisi Buruh Migran Berdaulat
37. Lembaga Bantuan Hukum Bina Karya Utama (LBH-BKU)
38. Liga Rakyat Demokratik
39. LLG Cultural Development Centre
40. Mahasiswa Amanah Nasional
41. Mahasiswa Keadilan Malaysia
42. Majlis Kebajikan Kanak-kanak Malaysia (MKKM)
43. Malaysia Hindu Sangam
44. Malaysian CARE
45. Malaysian Health Coalition
46. Malaysian Medical Association (MMA)
47. Malaysian United Democratic Alliance (MUDA)
48. Migrant Workers Right to Redress Coalition
49. Monitoring Sustainability of Globalisation
50. Muslim Professionals Forum
51. MyPJ
52. New Student Movement Alliance of Malaysia (NESA)
53. North South Initiative
54. Our Journey
55. PACOS Trust
56. Pemuda Sosialis
57. People Like Us Support Ourselves (PLUsos)
58. Persatuan Kebajikan Anak Anak Miskin Sabah
59. Persatuan Kebajikan Biji Sawi (Mustard Seed Soup Kitchen)
60. Persatuan Kebajikan Komuniti Dan Dialog
61. Persatuan Sahabat Wanita Selangor
62. Pertubuhan IKRAM Malaysia
63. Pertubuhan Jaringan Orang Asli Johor (JPOAJ)
64. PeSAWAH
65. Prison Fellowship Malaysia Sabah
66. Projek Wawasan Rakyat (POWR)
67. Pusat Komas
68. Refuge For The Refugees
69. Sabah Reform Initiative (SARI)
70. Sahabat Alam Malaysia
71. Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM)
72. Serikat Buruh Migran Indonesia (SBMI) Nusa Tenggara Timur (NTT)
73. Sisters in Islam
74. Stairway to Hope
75. Student Progressive Front UUM
76. Student Unity Front UKM
77. Suara Rakyat Malaysia (SUARAM)
78. Tenaganita
79. Tindak Malaysia
80. Titular Roman Catholic Archbishop of KL (TRCAKL)
81. Together Against Cancer (TAC)
82. UMANY
Individu:
1. Abu Mufakhir
2. Ahmad Kamal
3. Ananti Rajasingam
4. Andrew Khoo
5. Anthony David
6. Arief Subhan
7. Arutchelvan
8. Bernice Ho
9. Bin Rites
10. Celine Khoo
11. Charles Bertille
12. Cikgu Mohd Azmi b Abdul Hamid
13. CR Selva
14. Dato' Dr Amar-Singh HSS
15. Dato M. Ramachelvam
16. Dato Noor Aziah Mohd Awal
17. Datuk Ambiga Sreenevasan
18. Datuk Dr Anwar Fazal
19. Datuk Dr Toh Kin Woon
20. Dr Alice Nah
21. Dr Ayesah Uy Abubakar
22. Dr Hartini Zainudin
23. Dr Jeyakumar Devaraj
24. Dr Lee Boon Chye
25. Dr Ryan Chua
26. Elain Lockman
27. Elaine Lau
28. Faisal Tehrani
29. Hamidon Ali
30. Hana Maisurah
31. Heidy Quah Gaik Li
32. Hew Kuen Hin
33. Jarud Romadan
34. Jeremy Kwan
35. K. Jeyaraj
36. Kelvin Soimin
37. Lilian Si
38. Lim Siew Kiau
39. Linda Lumayag
40. Loh Jon Ming
41. LY Phang
42. Lynn Tung
43. M.Pusenthi P.Maniam
44. Mahirah Hanis
45. Mary Shanthi Dairiam
46. Mohd Nadzir bin Mohd Nordin
47. Muhammad Sha'ani bin Abdullah
48. Mui Mei Moon
49. Nazihah Muhamad Noor
50. Ng Peng Wah
51. Nik Elin Zurina Bt Nik Abdul Rashid
52. Ooi Vern Hau
53. Peter Pang
54. Prof Shad Saleem Faruki
55. Pua Lay Peng
56. Ronnie Hii
57. Saha Deva A. Arunasalam
58. Salina Hussein
59. Sangeeta choudhury
60. Sivarajan A
61. Sunita Rajakumar
62. Surina Shukri
63. Teng Pooi Kui
64. Teoh Siang Chin
65. Thamboo Devaraj
66. Veronica Anne Retnam
67. Victoria Ng Yiow Kheng
68. Vizla Kumaresan
69. Yap Heng Lung
70. Zahid Alom
71. Zhen Ling Ong


In Media:
https://www.malaysiakini.com/news/578035
https://www.themalaysianinsight.com/s/320297
https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2021/06/08/detention-of-migrants-will-not-help-covid-19-fight-says-ngo/
https://www.thesundaily.my/local/ops-on-undocumented-migrants-will-complicate-covid-war-pm-told-YK7941573
https://www.nst.com.my/news/nation/2021/06/696964/petition-pm-stop-crackdown-undocumented-migrants-focus-covid-19
https://www.malaymail.com/news/what-you-think/2021/06/08/petition-to-pm-muhyiddin-stop-the-operations-to-arrest-undocumented-migrant/1980452

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/320296
https://www.themalaysianinsight.com/chinese/s/320295
https://www.enanyang.my/%E8%A6%81%E9%97%BB/83%E5%9B%A2%E4%BD%93%E7%AD%89%E8%81%94%E7%BD%B2%E8%AF%B7%E6%84%BF-%E4%BF%83%E5%81%9C%E6%AD%A2%E6%8A%93%E6%97%A0%E8%AF%81%E4%BB%B6%E7%A7%BB%E6%B0%91
https://www.sinarharian.com.my/article/142939/BERITA/Semasa/Operasi-PATI-83-organisasi-tandatangani-petisyen-tidak-setuju

https://www.kinitv.com/bm/berita/106003
https://www.kinitv.com/bm/berita/106011



No comments: