Thursday, July 20, 2006

Perangai yang semacam monyet dan memalukan institut pelajaran tertinggi di M’sia

Hari semalam barulah saya baca berita tentang satu lagi kes penindasan pelajar berlaku di Universiti Putra Malaysia, dari halaman web berita alternatif. Sampai hari inilah saya berpeluang menonton peristiwa ini yang berlaku pada kawan-kawan saya di universiti sana, dari halaman berikut. Saya amat terkejut pada awalnya, lalu mengesal dan kecewa terhadap pendirian pentadbiran universiti yang bias, menlindungi atau membiarkan pihak pelajar yang berperangai semacam monyet (atau apa-apa binatang liar yang lebih sesuai menggambarkan) bersikap biadap dan kasar dengan saudara-saudari mereka yang belajar di bawah atap yang sama. Sudah lama pihak pentadbir enggan mendengar suara pelajar yang mencintai universiti ini dan mahu mempertahankan hak-hak asasi mereka. Kadang-kala terdengar kes-kes penindasan pihak pentadbir yang bertindak secara senyap dalam operasi mereka untuk menaburkan perasaan takut di kalangan pelajar yang pro-aktif. Tetapi kali ini, pencabaran yang terbuka ini memang menakutkan… Wahai saudara-saudari sekalian, tengoklah sendiri tayangan ini melalui saluran ini: http://www.youtube.com/watch?v=CbI7-gY9-RY

Mungkin ada orang yang berfikiran racist akan menyimpulkan kes ini merupakan penggeseran antara kaum dengan mudah, kerana apa yang terlihat membabitkan dua pihak yang berlainan warna kulit. Tidak. Kelompok pelajar yang membuat kacau adalah pelajar yang mewakili pihak pentadbir untuk ‘menjaga’ pelajar lain. Mungkin juga kamu akan berpendapat, apakah salahnya berpihak dengan pentadbir dan membantu mereka? Kesalahan mereka adalah bukan sahaja mengadaikan kebanyakan hak-hak pelajar dan kebebasan berkumpul, bersuara dan berfikir dengan kritik yang sepatutnya berwujud di menara gading, tetapi tidak mengambil inisiatif untuk menjaga kebajikan pelajar yang menuntut pelajaran yang berkualiti dengan yuran tambahan yang berpatutan. Arus penswastaan sejak universiti membuka pintu untuk kroni-kroni telah menambahkan beban atas bahu banyak keluarga yang berpendapatan rendah. Jadi, kenapa pelajar demikian masih membantu pihak pentadbir bertindak jahat secara terbuka di ruang selera di universiti? Apakah objektif mereka sampai tidak kisah dan sanggup merobohkan imej mereka dan universiti sendiri? Fikirlah rakan-rakan ku yang bijaksana… saya beri satu contoh: apakah nilainya samseng mengambil risiko hidup mereka keluar mengadu, kalau tak ada manfaat untuk mereka? Jadi, manfaat untuk pelajar-pelajar tersebut boleh dianggap dalam pelbagai bentuk: duit, kebendaan (eg. Bimbit telefon Nokia terbaru), faedah-faedah untuk menikmati ‘perkhidmatan’ luar biasa (seperti melancong ditajai oleh pihak pentadbir) dan lain-lain. Ini bukanlah fitnah, kerana saya pernah memperolehi ‘maklumat dalam’ semasa saya membantu kawan-kawan ku di universiti untuk melancarkan kempen plihanraya kampus pada dua tahun yang lalu.

Sekarang situasi sudah berubah. Pihak pejuang hak pelajar akan menghadapi cabaran yang lebih kuat daripada pihak pentadbir yang mahu terus menekankan dan ‘menyelesaikan’ kumpulan pelajar ini supaya pihak pentadbir ini boleh mengumpan faedah daripada parti politik pemimpin negara kita (tak usah saya tunjukkan parti yang mana) atas ‘jasa’ mereka. Juga mereka boleh mengongsi untung kroni-kroni swasta yang lumayan. Nampaknya kedua-dua pihak (pelajar memihak pentadbir dan pentadbir sendiri) pun gembira. Inilah sebab utama kerosotan kualiti pelajaran tertinggi negara kita – Fikiran feudal pihak pentadbir yang tidak mengambil berat tentang kualiti bidang akademik. Macam mana universiti negara ini boleh tersinar di antarabangsa? Bilakah mereka menjejak ke arah hadapan yang maju dan bukan terperangkap dalam tangan pihak yang suka memainkan politik yang kotor yang menyebabkan kejahilan dan kemunduran?

Masalah-masalah institut pelajaran tertinggi sekarang ini hanya boleh diatasi dengan lebih effektif jikalau AUKU (Akta Universiti dan Kolej-Universiti) boleh dimansuhkan. Tak ada jalan lain yang lebih memuaskan selain ini. Kalau saudara-saudari tidak mahu gambar-gambar tadi seperti apa yang ditonton berlaku di universiti dan tidak mahu status pelajar terjejas/ tergugat, sokonglah gerakan pelajar-pelajar berani ini untuk menuntut hak kamu. Inilah sesuatu yang amat berkaitan dengan masa depan kamu, saya yakin bahawa saudara-saudari tahu membuat pilihan yang bijak dan membuat apa-apa yang patut.


Mandarin news page links:

http://www.merdekareview.com/news.php?n=2130
http://www.merdekareview.com/news.php?n=2096


English news page link:

http://www.malaysiakini.com/news/54100

No comments: